Monday, June 23, 2008

"HACKERS" YANG BERETiKA (*_*)

SEBUT sahaja `hackers' atau penggodam komputer, sudah tentu menggerunkan ramai pengguna komputer atau pengurus teknologi maklumat syarikat memandangkan kemampuan golongan ini untuk melakukan sesuatu yang tidak diingini terhadap komputer mangsa.
Pencurian maklumat, mengubahsuai laman web, penyebaran virus, menyesakkan rangkaian, merosakkan komputer dan pelbagai lagi aktiviti negatif dalam dunia komputer sering dikaitkan dengan golongan tersebut.
Sesetengah penggodam komputer sememangnya beroperasi secara profesional seperti digunakan untuk tujuan pengintipan perniagaan atau kerajaan, tetapi ramai juga yang melakukan aktiviti tersebut untuk suka-suka sahaja.
Walau apa pun niat peminat teknologi untuk menjadi penggodam komputer, kesan daripada tindakan mereka sering kali menyusahkan pengguna komputer yang lain, termasuk syarikat perniagaan di Internet.
Bagaimanapun anda kini boleh menjadi seperti mereka dengan mempelajari secara bagaimana untuk menjadi penggodam komputer beretika dengan mengikuti pelbagai kursus yang diiktiraf dan tidak menyalahi undang -undang.
Seperti kata perumpaan yang digunakan oleh penyiasat: ``Untuk menangkap pencuri, anda perlu berfikir seperti pencuri.''
Program penggodam beretika merupakan sebahagian daripada kursus e-perniagaan yang ditawarkan oleh Electronic Council of Electronic Commerce Consultant (EC-Council) berpangkalan di New York.
Program tersebut yang kini boleh dipelajari di salah sebuah syarikat pensijilan tempatan, Wordware (M) Sdn. Bhd. yang menjadi pengedar atau pengendali kursus untuk program EC-Council di negara ini.
Pengarah urusan Wordware, Wilson Wong berkata, mempelajari mengenai penggodaman komputer akan lebih memudahkan anda untuk mengetahui bentuk tindakan yang akan diambil oleh mereka dan sekaligus boleh melindungi sistem anda.
Program Ethical Hacking and Countermeasures akan memberikan peserta pengetahuan bagaimana penggodam komputer beroperasi dan cara-cara untuk melindungi rangkaian daripada mereka.
``Peserta akan juga diberi peralatan (perisian) yang sering digunakan oleh penggodam untuk mengetahui kelemahan sistem rangkaian atau komputer mangsa,'' kata Wilson.
Peserta program yang diiktiraf oleh syarikat komputer terkenal ini perlu menghadiri kelas dan ujian yang dijalankan selama lima hari dan peserta yang berjaya akan mendapat sijil Penggodam Beretika Bertauliah (CEH) dari EC-Council.
Kursus tersebut mengenakan bayaran sebanyak RM2,999 dan ia mendapat sambutan menggalakkan di seluruh dunia dengan lebih 2 juta peserta telah memiliki sijil CEH tersebut.
Peralatan pengimbasan merupakan alat pertama yang akan digunakan oleh mana-mana penggodam bagi mengetahui sejauh mana sesuatu sistem dilindungi dengan baik oleh pengurus IT.
Selepas mengetahui `lubang' atau kelemahan yang terdapat dalam sistem tersebut, penggodam akan memasukinya sama ada secara terus atau meletakkan program yang mengganggu rangkaian.
Istilah Pengodam Beretika yang diperkenalkan EC-Council merujuk kepada aktiviti menyelaras dan mengadakan pemeriksaan komprehensif kepada sistem rangkaian, mengetahui tahap data terdedah dan memberi cadangan untuk membetulkan kelemahan tersebut.
Penggodam beretika juga sebenarnya akan merupakan profesional keselamatan komputer yang sering menawarkan khidmat sebagai juruperunding sesebuah syarikat.
Profesional tersebut akan melaksanakan ujian penembusan dan mendapatkan jawapan kepada persoalan- persoalan asas dalam keselamatan.
Persoalan seperti apa yang boleh dilihat oleh orang luar (penceroboh) terhadap sistem syarikat, apa maklumat yang boleh digunakan, apa yang perlu dilindungi dan berapa kos serta masa diperlukan untuk meningkatkan sistem keselamatan menjadi elemen utama dalam tugasannya.
Menurut EC-Council, kursus CEH merangkumi pembelajaran 21 perkara dalam bidang penggodaman dan keselamatan.
Antaranya ialah isu etika, perundangan, pengimbasan, sistem penggodam, menafikan perkhidmatan, menceroboh rangkaian, kejuruteraan sosial, virus/cecacing, kriptoggrafi, menceroboh komputer pelayan web, memasuki rangkaian wayarles dan memasuki sistem Linux/Windows/ Novell.
Menurut Wordware, peserta akan mempunyai pengetahuan yang mencukupi untuknya menjalankan kerja-kerja keselamatan asas untuk syarikatnya termasuk menjejak penceroboh yang telah memasuki rangkaian.
Di Malaysia, lebih 100 peserta telah mendapat sijil CEH dan ia semakin popular di kalangan sektor swasta dan juga kerajaan yang banyak menggunakan rangkaian termasuk Internet dalam urusan perniagaan mereka.
Bagi membolehkan syarikat melindungi rangkaian mereka daripada pencerobohan atau serangan virus, pelbagai aktiviti bersepadu perlu dilaksanakan dan tidak hanya bergantung kepada vendor komputer sahaja.
Menghantar kakitangan IT mengikuti seperti CEH ini merupakan salah satu cara terbaik bagi memudahkan syarikat mempunyai sendiri kakitangan yang arif dalam bidang keselamatan. (^_^)

Sunday, June 22, 2008

KERAJAAN TiDAK CADANG GUBAL AKTA KHAS TANGANi iSU BLOG (*_*)

Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi tidak bercadang untuk menggubal akta khas bagi menangani masalah penulisan blog yang negatif, kata Timbalan Menterinya, Datuk Shaziman Abu Mansor.
Beliau berkata, Forum Kandungan Komunikasi dan Multimedia Malaysia juga bercadang untuk bekerjasama dengan penulis blog bagi membangunkan satu kod etika yang boleh diguna pakai oleh penulis blog di Malaysia.
“Peruntukan undang-undang sedia ada dan kod etika yang akan dibangunkan adalah mencukupi untuk menangani isu blog yang tidak bertanggungjawab,” katanya menjawab soalan Datuk Idris Haron (BN-Tangga Batu) pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.
Shaziman berkata, Forum Kandungan Komunikasi dan Multimedia Malaysia itu juga memainkan peranan penting dalam membantu memupuk sikap kawal selia kendiri di kalangan rakyat dan beberapa program kesedaran awam telah diadakan.
Beliau berkata, individu yang menyalahgunakan Internet bagi menyebarkan kandungan yang bersifat palsu, mengancam atau yang jelik akan dikenakan tindakan di bawah Seksyen 211 dan 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Jika sabit kesalahan, individu boleh didenda sehingga RM50,000 atau dipenjarakan tidak lebih setahun atau kedua-duanya sekali, katanya.
“Selain itu, ia juga boleh didakwa di bawah Akta Hasutan 1948, Akta Fitnah 1957 dan Kanun Keseksaan,” katanya.
Menjawab soalan Markiman Kobiran (BN-Hulu Langat), Shaziman berkata, pada tahun ini, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah mengambil tindakan terhadap 11 laman web yang tidak mematuhi peraturan dan memenuhi syarat.
“Kesemua 11 laman web itu diarah tutup dan sehingga kini sebanyak dua kes dibawa ke pejabat Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya,” katanya. - Bernama (^_^)

Saturday, June 21, 2008

ADAKAH PENULiS BLOG AKAN Di DAKWA ?? (*_*)

Bagi Naz,setiap penulis blog di Malaysia akan didakwa sekiranya didapati menulis sesuatu yang boleh menyebabkan timbul sesuatu isu yang tidak sepatutnya. Bagi Naz juga,penulis blog tidak semestinya bebas menulis walaupun mereka ada hak untuk menulis. Kerana pembaca juga ada hak untuk mempertahankan diri... (^_^)

WHAT iS BLOG ?? (*_*)

A blog (an abridgment of the term web log) is a website, usually maintained by an individual, with regular entries of commentary, descriptions of events, or other material such as graphics or video. Entries are commonly displayed in reverse chronological order. "Blog" can also be used as a verb, meaning to maintain or add content to a blog.

Many blogs provide commentary or news on a particular subject; others function as more personal online diaries. A typical blog combines text, images, and links to other blogs, web pages, and other media related to its topic. The ability for readers to leave comments in an interactive format is an important part of many blogs. Most blogs are primarily textual, although some focus on art (artlog), photographs (photoblog), sketchblog, videos (vlog), music (MP3 blog), audio (podcasting) are part of a wider network of social media.

Micro-blogging is another type of blogging which consists of blogs with very short posts. As of December 2007, blog search engine Technorati was tracking more than 112 million blogs.With the advent of video blogging, the word blog has taken on an even looser meaning of any bit of media wherein the subject expresses his opinion or simply talks about something... (^_^)